Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Mohd. Yusri Hussin berkata, kesemua mereka merupakan warga Indonesia berumur antara 22 hingga 28 tahun itu ditahan oleh bot peronda yang menjalankan tugasan di lokasi tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ujarnya, ketika kejadian, bot peronda milik Maritim Malaysia telah terserempak dengan bot kesemua suspek sebelum bertindak menahan mereka.

“Pemeriksaan awal mendapati juragan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala dua penumpang memiliki i-Kad yang tamat tempoh dan seorang penumpang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen.

“Susulan itu, kita telah menahan juragan terlibat selepas dia gagal mengemukakan sebarang dokumen pendaftaran yang sah ke atas bot rekreasi yang dipandunya selain menahan kesemua penumpang warga Indonesia itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Yusri, kesemua tahanan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Imigresen 1959 dan 1963.- BERNAMA