Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Pang Jin Lai berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 9.40 malam itu, pihaknya merampas dadah jenis syabu dianggarkan seberat 232.1 gram, ketamin (7.61 gram), ekstasi (2.98 gram) dan eramin 5 (5.58 gram).

“Dua suspek lelaki berusia lingkungan 27 dan 29 tahun itu ditahan di dalam sebuah kenderaan yang berada di belakang sebuah rumah kedai.

“Mereka disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah kepada pengunjung pusat hiburan di sekitar Seremban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jin Lai berkata, polis turut merampas dan menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah kereta Perodua Myvi serta dua utas jam tangan bernilai kira-kira RM950 daripada kedua-dua suspek.

Menurut beliau, mereka ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah.

Jelas beliau, jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE