Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden George Abd. Rakman berkata, dua lelaki tersebut ditahan kira-kira pukul 6 petang dan 11.50 malam.

“Kita merampas dadah dipercayai ganja seberat 51.30 gram dianggarkan bernilai RM2,052 serta pil ekstasi seberat 12.12 gram bernilai sekitar RM900,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), 39A (2) dan 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA