Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, bayi tersebut, Alicia Boi Yean Ping diterbangkan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke Hospital Serdang, dekat sini pada pukul 8.40 pagi tadi.

“Yean Ping menghidap penyakit ‘trachea stenosis with verticular septal defect’ sejak dilahirkan dan memerlukan pembedahan serta rawatan susulan dengan segera di Hospital Serdang.

“Penerbangan ihsan hari ini menggunakan helikopter AW Y39 yang berpangkalan di Bertam, Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, penerbangan tersebut diketuai oleh Kapten Faizal Izani dengan diiringi sepasukan unit perubatan HPP. - UTUSAN ONLINE