Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengambil keterangan Isham Jalil hari ini bagi siasatan kes itu.

“Semua tindakan telah diambil dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam

sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jumaat lalu, sebuah rakaman CCTV berdurasi selama dua minit 12 saat semasa prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri dimuat naik dalam laman Facebook Isham.

Rakaman yang turut diberi tajuk ‘Hari kelima perbicaraan Najib itu menunjukkan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menyoal saksi dalam kes itu.-UTUSAN ONLINE