Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, bot terbabit juga ditahan kerana menggajikan pekerja asing tanpa surat kebenaran.

Menurutnya, menerusi Ops Jaksa pertama, Maritim Malaysia mengesan sebuah bot di kedudukan tujuh batu nautika di timur Tanjung Penyabung dekat Mersing pada pukul 6 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan empat awak-awak dan seorang tekong warga tempatan berusia antara 25 hingga 41 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bot nelayan tiada lesen
SATU daripada dua buah bot nelayan yang ditahan Maritim Malaysia kerana melanggar syarat lesen dan menggajikan orang asing tanpa kebenaran di perairan Mersing, Johor, semalam. - UTUSAN ONLINE/Ihsan Maritim

Beliau berkata, operasi kedua di kedudukan 6.3 batu nautika utara Tanjung Kempit, Endau semalam, sebuah lagi bot nelayan tempatan yang dikendalikan empat awak-awak warganegara tempatan dan seorang warganegara asing berusia antara 27 hingga 44 tahun ditahan.

Tambahnya, kedua-dua bot serta nelayan yang ditahan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Pos Tanjung Gemok bagi untuk tindakan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen,” katanya. - UTUSAN ONLINE