Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota kira-kira pada pukul 1 pagi.

Katanya, kesemua pihak itu ditahan selepas bot pancung dinaiki mereka dipintas dalam Op Gelora yang dijalankan pihaknya.

“Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Indonesia yang berusia antara 1 hingga 69 tahun.

“Siasatan dibuat mendapati mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut kedatangan bulan puasa dan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Khon Chiang, tangkapan membabitkan seorang tekong laut lelaki, 27 lelaki dewasa, 13 perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun.

Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE