Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, sebuah kereta dipandu seorang wanita telah rosak dan berhenti di tengah jalan.

Katanya, dua anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh yang sedang membuat kawalan lalu lintas di bazar Ramadan berhampiran telah membantu dengan menolak kenderaan tersebut ke tepi jalan.

“Anggota trafik Ipoh, Lans Koperal Saufi Napri dan Konstabel Zulkhairi Ishak telah mengambil inisiatif dengan membantu menolak kereta tersebut ke tepi jalan supaya tidak menghalang laluan kenderaan lain.

“Tindakan anggota terbabit membuktikan keprihatinan anggota polis trafik dalam menjalankan tugas bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar dan terkawal,” katanya. - UTUSAN ONLINE