Pengarah Bahagian Khidmat Masyakat Peka, Chee Keen Har berkata, antara barangan yang disumbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan adalah beras, milo dan juga lampin pakai buang.

“Sumbangan ini menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Peka yang kita adakan pada setiap bulan.

“Usaha ini bagi membantu golongan memerlukan terutama warga emas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keen Har berkata, program CSR tersebut merupakan usaha berterusan NGO berkenaan untuk mendekatkan lagi hu­bungan antara Peka bersama masyarakat.

Peka berterima kasih kepada sukarelawan Peka yang berterusan memberikan sumbangan bagi membolehkan kita melaksanakan program CSR pada setiap bulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE