Isu diperdebatkan itu apabila anak bulan (hilal) sering­kali tidak kelihatan pada petang rukyah menjelang Ramadan dan Syawal, sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam sama ada perlu berpuasa atau tidak pada 1 Ramadan juga kekhuatiran meraikan Syawal.

Kekeliruan dalam menentukan 1 Ramadan dan Syawal itu mencetuskan pertikaian antara

AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1983 bertajuk “Hari Raya meriah tanpa kekecohan” memuatkan
AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1983 bertajuk “Hari Raya meriah tanpa kekecohan” memuatkan berita umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri serentak di seluruh negara.

kerajaan dan kerajaan negeri dalam menentukan keseragaman tarikh awal Ramadan dan Syawal di negara ini termasuk negara Islam di ASEAN.

Di Malaysia, perdebatan tarikh penentuan awal 1 Rama­dan dan Syawal itu diambil kira berdasarkan tempoh 30 hari anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca termasuk pertikaian bulan Islam yang berselang seli antara 29 atau 30 hari.

Ketidakseragaman dalam penentuan tarikh tersebut mewujudkan keadaan ‘panik’ umat Islam dalam menyediakan persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.

Ada yang berpuasa awal sehari, ada yang was-was untuk berpuasa manakala menjelang Syawal pula ada dalam kalangan mereka yang telah memasak juadah seperti lemang, rendang dan ketupat awal sehari daripada tarikh sebenar Hari Raya.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 Jun 1983 memuatkan berita bertajuk “Keadaan serba salah di Johor dan Perak” melaporkan, situasi itu menggambarkan umat Islam di kedua-dua negeri itu menyambut awal Ramadan pada tarikh berlainan dan tidak mengikut negeri-negeri lain.

Dalam laporan itu, mengikut tarikh awal Ramadan di Johor dan Perak umat Islam menunaikan ibadah puasa awal sehari iaitu pada 12 Jun 1983.

Ekoran ketetapan tarikh awal Ramadan yang berbeza itu, banyak pandangan ulama daripada segi hukum menyatakan diharamkan berpuasa pada awal Ramadan dan Syawal sebelum anak bulan kelihatan.

Demi kemaslahatan ummah agar terus terpelihara di Malaysia, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam muzakarahnya pada 1 hingga 2 Oktober 1970 bersetuju dengan ketetapan, “Anak bulan Ramadan dan Syawal kiranya tidak kelihatan pada halnya mengikut kiraan ahli-ahli falak anak bulan itu tetap dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak (hisab) boleh digunakan. (Minit Persidangan yang ke-6 Jawatankuasa Fatwa: 1-2 Oktober 1970).

AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 30 Oktober 1982 bertajuk:” Rasmi: Rukyah, Falak Pastikan Puasa , Ra
AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 30 Oktober 1982
bertajuk:” Rasmi: Rukyah, Falak Pastikan Puasa , Raya”.
Musa Hitam mengumumkan penentuan awal Ramadan dan
Syawal ditentukan berdasarkan rukyah dan hisab .

Kriteria hisab yang baharu itu berdasarkan umur bulan ketika matahari terbenam tidak melebihi lapan jam. Kaedah tersebut diterima pakai sehingga Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuaratnya kali ke-109 pada 6 Oktober 1977 memutuskan penggunaan rukyah melalui cerapan turun dikekalkan.

Melalui pandangan dan nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis-Raja-Raja dalam mesyuarat kali ke-125 pada 13-14 Oktober 1982 akhirnya memutuskan ketetapan tarikh Ramadan dan Syawal berdasarkan rukyah dan hisab. (Ketetapan Awal Ramadan dan Awal Syawal, Surat Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia kepada Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam: 5 November 1982).

Akhbar muka depan Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 1982 memuat berita utama bertajuk “Rasmi: Rukyah, Falak Pastikan Puasa, Raya” melaporkan, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mengumumkan mulai tahun depan (1983) penentuan awal Ramadan dan Syawal ditetapkan berpandu pada rukyah dan kiraan falak), Ini bermakna jika anak bulan tidak kelihatan, kiraan hisab digunakan.

Musa Hitam berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-125 pada 13 dan 14 Oktober 1982 dengan tujuan menghindari sebarang sungutan dan rasa kurang puas hati rakyat di samping memelihara syiar dan perpaduan umat Islam.

“Saya pasti keputusan ini dibuat setelah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mendapati khidmat nasihat daripada alim ulama,”tegasnya.

Keputusan Majlis Raja-Raja itu berbunyi: “Anak bulan Ramadan dan Syawal, kiranya tidak kelihatan kerana terlindung cuaca, padahalnya mengikut kiraan ahli-ahli falak, anak bulan itu tetap ada dan boleh digunakan.

Katanya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kajian menyeluruh oleh Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Berikutan pengumuman oleh Musa Hitam itu, umat Islam di negara ini menarik nafas lega apabila isu penentuan tarikh menyambut awal 1 Ramadan dan Syawal mengikut rukyah dan hisab itu dapat diselesaikan dengan baik.

Kedua-dua perayaan terbesar Umat Islam itu akhirnya diraikan serentak mulai 1983 sehingga hari ini di seluruh negara.