Yapeim peruntuk RM10 juta jayakan Inspirasi SPM 2017

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menjayakan program Inspirasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 membabitkan 182,000 pelajar di 152 daerah seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, matlamat utama penganjuran program tersebut adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik murid pada peringkat SPM terutama mereka dalam kumpulan prestasi sederhana dan lemah khususnya di luar bandar.