Tiga lagi cawangan ST Rosyam Mart akan dibuka

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pengalaman bekerja selama lima tahun di kedai runcit, membuka mata penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor, 51, mengenai potensi perniagaan ini. Berkongsi suka duka sebelum mampu membuka pasar raya ST Rosyam Mart, Rosyam memberitahu, antara cabaran utama yang dihadapinya ialah meyakinkan pihak bank untuk memberi pinjaman.