Syawal penuh erti bagi Datuk Ramli Sarip

PETALING JAYA 12 Julai - Minggu terakhir bulan Syawal dipenuhi dengan jemputan majlis rumah terbuka termasuk Papa Rock kesayangan ramai, Datuk Ramli Sarip yang telah mengadakan majlis tersebut di Khadijah's Kitchen, milik sahabat baiknya, Datuk Khadijah Ibrahim di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Online, Ramli atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai abang berkata, majlis rumah terbuka yang dianjurkannya bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di antara beliau dengan rakan-rakan artis terutamanya peminat yang setia mendokong karier seni beliau dekad demi dekad.

Menurut Ramli, ikatan ukhuwah sesama manusia tidak harus dipandang ringan kerana sebagai umat Islam, di bulan yang baik ini, salam yang dihulurkan dengan disulami ucapan maaf bermaafan adalah yang dituntut dalam Islam.

Selain daripada menganjurkan majlis rumah terbuka, Ramli turut  berkata, beliau teruja menantikan tanggal 6 Oktober di mana bakal berlangsungnya Konsert Doa Buat Kekasih, 30th Anniversary Tour 2018.

Ikuti rakaman temubual bersama Datuk Ramli Sarip. - UTUSAN ONLINE