Standard madu kelulut keluar Jun 2017, dieksport

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal mengeluarkan satu standard bagi madu kelulut pada Jun tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penghasilan standard itu penting dalam usaha memajukan lagi industri madu kelulut dan mengangkat bahan makanan tersebut sebagai 'super food'.