Sheila On 7 kembali dengan Konsert Live In Kuala Lumpur 2018

KUALA LUMPUR - Tanggal 10 Februari pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat kumpulan Sheila On 7 (SO7) kerana pada pukul 8.30 malam, StarXpo Hall di sini akan bergema dengan lagu-lagu popular kumpulan yang dibarisi oleh Duta, Brian, Eros dan Adam. Terbang jauh dari Jakarta, dua daripada anggota SO7 iaitu Eros dan Adam terus mengunjungi ibu pejabat Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk rakaman temubual bersama Utusan Online bagi mempromosikan konsert mereka. Ternyata seperti ribuan peminat SO7 di Malaysia yang teruja menantikan menjelangnya 10 Februari ini, Eros dan Adam juga teruja untuk bercerita tentang Konsert Shiela On 7 - Live In Kuala Lumpur 2018. - UTUSAN ONLINE