Sekolah Khas Indah Pura menang Pertandingan Memasak Festival Hari Guru Kebangsaan 2017

JOHOR BAHRU - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indah Pura, Kulai memenangi tempat pertama bagi semua kategori dalam Pertandingan Memasak bersempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 yang berlangsung hari ini di sini.

Pertandingan tersebut mempunyai tiga kategori iaitu masakan, membuat belacan dan gubahan buah.

Bagi kategori masakan, Kumpulan VIP dari sekolah berkenaan menampilkan menu utama nasi pilah dan ikan keli yang melayakkan mereka mendapat tempat pertama seterusnya membawa pulang wang tunai RM 500, hamper dan sijil.

Manakala bagi kategori membuat belacan tempat pertama dimenangi oleh M.Zarif Haiqal Rohmat, 18, yang membawa pulang wang tunai RM200, hamper beserta sijil.

Sementara itu bagi kategori Gubahan Buah dimenangi oleh Kumpulan Sentuhan Kasih yang membawa pulang wang tunai RM200, hamper beserta sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Juri bagi pertandingan memasak terdiri daripada Chef Eksekutif Adabi, Rabiatul Adawiyaj Sarip, Chef Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak. - UTUSAN ONLINE