Sebak Datin Alyah, perjalanan Farawahidah umpama jongkang jongkit

KUALA LUMPUR - Curahan rasa dari dalam dada yang diluahkan oleh Datin Alyah sememangnya tulus dan ikhlas. Air mata yang bergelinang menggambarkan betapa nama Alyah yang gah di persana seni tanah air, tidak dilakarkan dengan bersandarkan kepada kehadiran sang suami di sisi.

Usaha dan kerja keras Alyah yang direstu oleh insan tersayang memerlukan sokongan pelbagai pihak termasuk media cetak, media elektronik, portal berita, stesen penyiaran radio dan para peminat.

Namun apabila hasil yang diterbitkan tidak mendapat peluang sewajar dan seadilnya, inilah yang membuatkan insan bernama Alyah terkilan tetapi tetap bersemangat untuk meneruskan karier seni yang amat disukainya.

Nasib yang seakan-akan serupa dilalui oleh Farawahida, beliau seorang penyanyi wanita yang memiliki vokal yang mantap.

Melalui fasa turun dan naik dalam melangkah kaki sebagai anak seni, Farawahida menjadi penyanyi pilihan Alyah untuk berduet dalam single terbaharu Alyah.

Kehadiran kedua-dua penyanyi wanita ini buat pertama kalinya dalam segmen Jom Chat di Utusan Online minggu lepas dipenuhi dengan kisah dan pengkisahan. 

Ikuti video yang disunting oleh AZMAN AHMAD yang dirakam sewaktu segmen Jom Chat, yang dihoskan oleh Apak, berdurasi sejam untuk tontonan ramai. - UTUSAN ONLINE