Saya tak akan tukar 'gaya Mat Sabu' - Mat Sabu

KUALA LUMPUR 22 Mei - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memang tidak menafikan rasa gementarnya ketika pertama kali melangkah masuk ke pejabat di Kementerian Pertahanan hari ini.

Beliau juga akui, merasai perubahan dalam kehidupannya serta perlu mematuhi undang-undang dan protokol berkaitan ketenteraan di kementeriannya.

Ahli Parlimen Kota Raja yang terkenal dengan jolokan ‘Mat Sabu’ itu walau bagaimanapun akan mengekalkan identitinya meskipun sudah menganggotai Kabinet.