Saya boleh menang dengan majoriti 2,000 undi di Cameron Highlands – M. Kayveas

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP yakin memperoleh majoriti lebih 2,000 undi di Parlimen Cameron Highlands sekiranya diberi peluang untuk bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Presiden MyPPP, M. Kayveas yang berhasrat untuk bertanding di kerusi tersebut berkata, Cameron Highlands bukan asing bagi beliau kerana dilahir dan dibesarkan di situ. Justeru menjadi satu kelebihan sekiranya beliau diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Cameron Highlands. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-boleh-menang-dengan-majoriti-2-000-undi-di-cameron-highlands-m-kayveas-1.540574#ixzz4w7IiP9Aw © Utusan Melayu (M) Bhd