Salimey, Ammy Farra dan Sherrie Al-Junied 'wakil' generasi, negara

KUALA LUMPUR - Segmen Jom Chat yang disiarkan secara langsung di Utusan Online pada setiap hari Rabu pukul 9 malam buat julung kalinya menampilkan tiga penyanyi solo dari tiga negara, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Tiga penyanyi solo berkenaan ialah Sherrie Al-Junied, anak kelahiran Singapura, Ammy Farra yang dilahirkan di Narathiwat, Thailand dan Salimey, penyanyi lelaki yang mencipta nama menerusi single pertamanya berjudul Pertama Kali.

Ammy Farra yang baharu berusia 18 tahun mencipta nama sebagai penyanyi wanita kelahiran Thailand tetapi mempunyai ramai peminat di Indonesia.

Ketiga-tiga artis jemputan Jom Chat dipertemukan walaupun mereka bernaung di bawah label yang berbeza namun perjuangan untuk mewarnai industri hiburan di Malaysia adalah persamaan yang ada pada ketiga-tiga penyanyi ini. - UTUSAN ONLINE