RM140 juta kos bina empangan hidro sederhana elektrik baharu

Isu pertama yang perlu diberi perhatian ialah masalah bekalan air pengairan, kita sekarang menghadapi masalah dalaman dan luaran apabila pam yang kita ada tidak mampu menyedut air yang terlalu cetek. Ini berlaku disebabkan musim kemarau yang berterusan dan faktor lain seperti pembalakan dan pengorekan pasir yang menyebabkan dasar sungai lebih rendah sehingga menyebabkan pam kita gagal menyedut air ke dalam tali air.

Kedua masalah empangan rendah kita mengalami kerosakan menyebabkan ia tidak dapat menakung air dengan sepenuhnya. Atas sebab ini kita gagal menyediakan air yang mencukupi untuk beberapa tahun lalu. Jadi tugas KADA ialah untuk mengatasi masalah ini.