Putus asa tiada dalam diari hidup Kaka Azraff

KUALA LUMPUR - Di akhir tahun 2012, Kaka Azraff melangkah ke dunia seni suara tanah air. Membesar dengan melihat liku-liku kehidupan sebagai artis yang dilalui oleh Ratu Rock Negara, Ella, Kaka sentiasa ingin menjadi seperti ibu saudaranya itu suatu hari nanti.

Ditambah dengan minat yang amat mendalam untuk menjadi penyanyi, salam perkenalan  Kaka hulurkan kepada khalayak penggemar muzik Malaysia menerusi penampilannya dalam single berjudul Bawaku Pergi. Single seterusnya, bersama artis yang sama iaitu Zizan Razak, lahirlah Infiniti Cinta.

Dilahirkan di Klang, Selangor dengan nama Nor Atiqa Noor Azraff, kelahiran single berjudul Bukan Hal Aku pada tahun 2015 terus menyuntik hati peminat bahawa inilah penyanyi lagu-lagu berentak urban moden yang tidak meninggalkan estetika kemelayuan.

Minggu ini, #jomchat2018 mengundang Kaka sebagai selebriti jemputan segmen mingguan, setiap Rabu yang bersiaraya secara live di Utusan Online dan Facebook Utusan Online.

Ikuti sedutan perbualan santai dengan Kaka yang enggan menyerah kalah ataupun berputus asa sekiranya apa yang diimpikannya selama ini, tidak menjadi kenyataan yang julat. - UTUSAN ONLINE