Pengantin sunti Rohingya: Dari RM2,000 meningkat ke RM25,000

Isu sindiket perkahwinan gadis bawah umur Rohingya di Malaysia bukan satu isu baharu. Kemuncak perkahwinan paksa yang didalangi sindiket gelap ini berlaku pada tahun 2014 hingga 2015. Iaitu pada tahun-tahun kemuncak serangan ganas sami-sami Buhdha di Rakhine ke atas penduduk Islam Rohingya.