Pengakhiran Meeyo Joe, Izzmad jalan terus

KUALA LUMPUR Julai - Tujuh tahun cuba menggerakkan kerjaya seni namun akhirnya duo berkumpulan, Meeyo dan Joe terpaksa mengaku kalah dan pulang ke kampung masing-masing.

Meeyo akan pulang ke Pahang manakala Joe pula, akan kembali ke Kedah untuk meneruskan kehidupan kerana single yang mereka lahirkan, tidak diputarkan di stesen radio dan tidak diketahui peminat.

Walaupun memulakan langkah sebagai artis berkumpulan, VorTez, apabila tinggal berdua sahaja, Meeyo dan Joe cuba sedaya upaya untuk meneruskan bidang seni yang amat dicintai tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Bagi Izzmad Harun, beliau yang tampil sebagai penyanyi solo, agak bernasib baik kerana perjalanan seninya banya dibimbing dan dibantu oleh seorang pengurus yang berwibawa.

Selain daripada terus mengasah bakat sebagai penyanyi, Izzmad turut melengkapkan ilmu untuk menjadi pelakon dan pengarah muda. -  UTUSAN ONLINE