Pembantu makmal menang Proton Iriz #UMenangsakan Bonanza Edisi Kedua

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah ibaratnya dengan nasib yang menyebelahi seorang pembantu makmal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar, Perak, Mohd. Norazmin Mohamed, 28 apabila dinobatkan sebagai pemenang utama Peraduan Bonanza #UMenangsakan Edisi Kedua. Majlis penyampaian hadiah peraduan tersebut berlangsung hari ini di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini.