Nasi Minyak dan Kambing Ala Ala Arab sajian terbaik Best Western I-City Shah Alam di bulan Ramadan

Nasi Minyak dan Kambing Ala Ala Arab sajian terbaik Best Western I-City Shah Alam di bulan Ramadan

Wartawan HASNURUL MOHAMED

10 Mei 2019

Juruvideo MUHAMMAD AKMAL AIMAN

SHAH ALAM - Komuniti yang berada di sekitar Shah Alam, Selangor tidak perlu melangkah jauh untuk berbuka puasa dengan sajian masakan ala Arab kerana Best Western I-City Shah Alam menghidangkan Nasi Minyak dan Kambing Ala Ala Arab yang enak.

Keenakan Nasi Minyak Ala Ala Arab yang dimasak dengan menggunakan beras mathi dan secubit rempah yang memberi perisa kelazatan nasi menepati citarasa pengunjung yang datang berbuka puasa di sini.

Kambing golek Ala Ala Arab yang diperap dengan gabungan rempah ratus yang diimport dari negara Timur Tengah, pasti mengubat rasa rindu mereka yang pernah menikmati kambing golek di Madinah.

Selain daripada Nasi Minyak dan Kambing Golek Ala Ala Arab, Shawarma turut menjadi sajian terbaik yang dihidangkan bersama 20 pilihan menu utama serta 12 gerai termasuk ikan bakar. - UTUSAN ONLINE