Nabila Razali cuit hati Daly Filsuf dan Azmi Caliph Busker

KUALA LUMPUR - Mempertemukan tiga artis, Nabila Razali, Daly Filsuf (kumpulan Ahli Piqir) dan Azmi Saat (kumpulan Caliph Buskers) pada segmen live #jomchat2018 minggu lepas sememangnya menggamatkan suasana sepanjang sejam program bual santai mingguan di Utusan Online itu bersiaraya.

Nabila yang juga merupakan seorang pelakon, kini amat popular dengan lagu berjudul Pematah Hati yang menyelitkan istilah cumi cumi (disingkatkan daripadakan ayat cuba miss call).

Sikap sporting dan spontan Nabila amat menyenangkan dan ternyata, apabila beliau diminta berlakon secara spontan dengan Daly Filsuf, Azmi Saat, berderai ketawa.

Apa kata kita tonton video #jomchat2018 dengan tiga artis ini yang turut dirakamkan ketika bersiaran secara langsung pada minggu lepas. - UTUSAN ONLINE