Muhyiddin hadir kempen PH di Port Dickson

PORT DICKSON 11 Okt. - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir buat kali pertama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di sini malam ini.

Menteri Dalam Negeri itu menghadiri satu majlis di Masjid Kariah Bagan Pinang di sini dan sempat bertemu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang singgah di masjid itu.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Tan Sri Dr. Rais Yatim. - UTUSAN ONLINE