Momentum pertumbuhan ekonomi selaras Wawasan 2020?

Tahun 2018 dianggap sebagai tahun mencabar kerana kita mempunyai sebuah kerajaan baharu setelah lebih 60 tahun merdeka dan pada masa sama, keadaan ekonomi dunia juga dilihat agak mencabar berpunca daripada ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, maksudnya kedua-dua masalah ini datang serentak. 

Kalau hendak membuat penilaian mengenai pengurusan ekonomi kerajaan baharu secara mutlak, masih tidak boleh kerana mereka baru setahun memerintah bagaimanapun ada beberapa pembacaan yang boleh dibuat dan PH boleh mengambil perhatian supaya tahun kedua mereka dapat memperbaikinya.