Lima sekolah ungguli hadiah utama Pertandingan Video Pendek #muhibah

12 Julai 2018 menjadi tarikh bermakna kepada lima buah sekolah yang berjaya menempa nama sebagai pemenang hadiah utama dalam pertandingan Video Pendek #muhibah bagi bulan Febuari dan Mac 2018.

Mereka adalah lima daripada 25 buah sekolah yang disenarai pendek dalam pertadingan edisi kali ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, Kuala Lumpur; SMK Tunku Putra Batu Pahat, Johor; SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur; SMK Bandar T6, Kluang Johor dan SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

SOT 1: WAKIL KUMPULAN XTRAORDINARY (SMK TINGGI SETAPAK, KUALA LUMPUR)
SOT 2: WAKIL KUMPULAN CUPCAKE (SMK SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR)
SOT 3: WAKIL KUMPULAN THE QUAD SQUAD (SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR)

Kesemua pemenang utama itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,000, Sijil pencapaian dan satu tiket masuk ke The Shore Oceanarium Melaka sumbangan The Shore Oceanarium Sdn. Bhd.

Pertandingan hasil anjuran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad melalui Utusan Online dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Orando Holdings Sdn. Bhd itu bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pelajar sekolah berkenaan Teknik rakaman, teknik suntingan serta kaedah penyediaan papan cerita bagi menghasilkan video pendek yang sarat dengan masej perpaduan.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 20 buah sekolah lain turut diumumkan sebagai pemenang saguhati yang membawa pulang satu akaun Langganan Akhbar Digital percuma selama satahun, tiket masuk ke The Shore Oceanarium Melaka dan Sijil Penghargaan.