Kota Tinggi, Kluang, Pontian kini sebahagian wilayah Iskandar Malaysia

Perluasan wilayah Iskandar Malaysia daripada 2,217 kilometer (km) persegi kepada 4,749 km persegi melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang dan Pontian diyakini dapat merancakkan lagi pelaburan ke wilayah itu. Sejak diperkenalkan pada 2006 hingga 31 Disember 2018, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan komited terkumpul sebanyak RM285.34 bilion selain mewujudkan lebih 700,000 peluang pekerjaan. - UTUSAN ONLINE