Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour: 12 lagu hits Datuk Khadijah Ibrahim

SUKAR untuk memilih dan mengecilkan bilangan lagu yang akan dipersembahkan secara solo oleh penghibur, Datuk Khadijah Ibrahim pada Konsert Doa Buat Kekasih, 30th Anniversary Tour bersama Datuk Ramli Sarip di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Oktober ini.

Memilih 12 lagu terbaik daripada ratusan lagu-lagu terbaik yang pernah dirakamkan oleh Datuk Khadijah dari awal pembabitannya dalam industri hiburan tanah air sebagai artis studio rakaman sehingga dipandang sebagai seorang penghibur bertaraf superstar  untuk diperdengarkan kepada penonton pada malam konsert itu nanti, bukanlah suatu perkara yang diambil secara sambil lewa.

Bagi menyokong penganjuran Konsert Doa Buat Kekasih, ikuti wawancara wartawan Utusan Online, HASNURUL MOHAMED bersama Datuk Khadijah Ibrahim ketika berkunjung ke Restoran Khadijah miliknya di Petaling Jaya, Selangor. -  UTUSAN ONLINE