Kesempitan hidup penduduk Gaza

KUALA LUMPUR – Dua juta penduduk Gaza terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan antarabangsa bagi meneruskan kehidupan ekoran situasi yang semakin buruk di wilayah Palestin itu.

Aktivis sukarelawan, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar berkata, apabila 60 peratus daripada penduduk Gaza menganggur , mereka tidak mampu untuuk menampung kehidupan akibat sekatan demi sekatan yang dikenakan oleh rejim Israel.

Desakan hidup menjurus penduduk berhutang dengan 40 peratus dalam kalangan mereka yang masih mempunyai pekerjaan. 

Namun perbuatan berhutang itu menyebabkan sebanyak 2,500 orang merengkok di dalam penjara kerana tidak mampu membayar balik hutang piutang yang mencecah setengah juta ringgit.

Menjadi satu amalan dan undang-undang, pengadu boleh membuat aduan mengenai hutang-hutang yang tidak dibayar dan yang berhutang pula terpaksa menyerah diri dan akhirnya dihukum penjara.

Ikuti wawancara eksklusif bersama Dr. Mohd. Zin yang berkunjung ke ibu pejabat Utusan Melayu untuk berkongi pengalaman peribadi ketika beliau berkunjung ke negara bergolak itu. - UTUSAN ONLINE