Kenapa anggap isu alam sekitar isu bermusim?

Pencemaran di sungai Kim-Kim atau di Pasir Gudang bagi saya merupakan bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa, saya jangkakan akan banyak lagi isu-isu berkaitan keselamatan insan yang akan berlaku di seluruh negara. Pencemaran melibatkan udara boleh merebak dengan lebih cepat dan paling membimbangkan boleh menyebabkan berlakunya penyakit kanser dalam jangka masa panjang. Selain itu, kalau kerajaan dan PBT benar-benar menguatkuasakan undang-undang sedia ada, tiada sebarang alasan untuk menggubal Akta 127. Menggubal undang-undang bukan mengambil masa dua hari tetapi bertahun-tahun. Jadi apakah tindakan yang boleh diambil sekarang?