Kelulut Walk: Azam Pak Sabri bakar semangat belia

Usaha gigih Duta Kelulut Walk, Sabri Ali, 54 tahun untuk menjayakan misi berjalan kaki secara solo sejauh 2,000 kilometer merentasi 14 buah negeri dalam tempoh 54 hari ternyata memberi inspirasi kepada golongan muda.

Rata-rata golongan muda di Kemaman, Terengganu yang menjadi antara 50 laluan Sabri, mahu menjadikan bapa kepada tujuh orang anak, lima menantu dan datuk kepada 12 orang cucu itu sebagai ikon dalam membentuk jati diri yang berkeyakinan tinggi.