Kamu Najwa Latif ciptaan spontan bersama Ika Latif

KUALA LUMPUR - Kolaborasi dua beradik, Najwa Latif bersama kakaknya, Ika menghasilkan single terbaharu Najwa berjudul Kamu. Single ke-12 itu menurut Najwa, dicipta dalam situasi yang amat luar biasa kerana ketika kakaknya Ika mendapat ilham melodi lagu Kamu, kakaknya sedang membersihkan tandas di rumah.

"Memang pelik lagu Kamu dihasilkan. Kak Ika sedang bersihkan tandas, tiba-tiba dia panggil Wawa sebab dia mempunyai melodi Kamu

"Lirik pula, terhasil daripada bahagian korus. Memang lucu ciptaan Kamu," kata Najwa yang bakal meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda TESL di Universiti Malaysia September ini.

Bercita-cita menjadi pensyarah, Najwa tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi. 

Justeru, menjelang akhir tahun ini atau selewat-lewatnya, awal tahun 2018, Najwa akan  melahirkan sebuah debut album yang mengandungi 10 buah lagu. - UTUSAN ONLINE