Jijik dan memualkan - Mujahid

KUALA LUMPUR 13 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyifatkan penyebaran video seks seorang lelaki dengan seorang lelaki didakwa menteri Kabinet sebagai pelakuan politik jijik dan memualkan. 

Kecewa dengan perkembangan terbaharu politik tanah air itu, Mujahid turut menasihatkan supaya semua pihak terutamanya umat Islam untuk berhenti menyebarkan video tersebut.