Jamal Abdillah nama yang utuh di persada seni tanah air

KUALA LUMPUR - Lebih empat dekad Datuk Jamal Abdillah mendambakan dirinya sebagai anak seni, kedudukan yang dipahatnya tetap utuh dan terus relevan dalam industri hiburan tanah air.

 

Raja Pop Malaysia yang bakal menjangkau usia enam siri pada tahun hadapan, mempunyai perancangan yang amat teliti dalam kehidupan peribadi dan kariernya.

Tetap tampil segak dan ramah, Jamal berkolaborasi dengan Datuk M Nasir untuk menjayakan sebuah persembahan berskala besar.

Sekali lagi pentas berprestij Istana Budaya di sini akan menjadi saksi keunggulan Jamal  yang tersohor dengan suara emasnya mengalunkan lagu-lagu malar segar yang terpilih daripada ratusan lagu-lagu hits yang pernah dirakamkannya dalam tempoh 40 tahun ke belakang.

Tampil sekali lagi dalam segmen bual santai Jom Chat yang dihoskan oleh Apak minggu ini, saksikan sedutan Jom Chat dengan Datuk Jamal Abdillah. - UTUSAN ONLINE