Ahmad Zahid Hamidi melawat Kem Pelarian Rohingya di Cox's Bazar

COX'S BAZAR, Bangladesh - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan lawatan ke Kem Pelarian Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh.

Beliau yang diiringi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, tiba di kem berkenaan yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Cox's Bazar pada pukul 9.10 pagi (waktu tempatan).

Beliau turut melawat kawasan projek Mycorps yang diusahakan oleh belia-belia Malaysia di situ.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.