Pameran [email protected] serampang dua mata

KUALA LUMPUR - Langkah serampang dua mata yang diambil oleh pihak pengurusan dan penganjur Pameran [email protected] bukan sahaja memberi platform kepada para pelukis lama dan baharu tanah air untuk mempamerkan karya mereka tetapi juga menjana pendapatan kepada para pengkarya dan pihak pengurusan Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Walaupun pihak pengurusan hotel menyatakan penganjuran pameran lukisan sepanjang tahun 2018 ini adalah lebih ke arah tanggungjawab sosial (CSR) namun secara tidak langsung, turut menggamit pengunjung ke Coffe House dan Cafe Hotel Premiera untuk menjamu selera sambil mencuci mata dengan keindahan lukisan-lukisan yang dipamerkan di ruang-ruang dinding dua lokasi berkenaan.

Dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr. Awang Adek Husin sehari selepas pameran berlangsung (13 Februari), Pengurus Besar Hotel Premiera Kuala Lumpur, Kamarudin Kassin menjelaskan mengapa pameran lukisan ini diadakan.

Turut menceritakan lebih lanjut ialah pelukis Abby Zain yang mempamerkan lukisan beliau untuk siri pertama dan diikuti temubual bersama penganjur, Pengarah Urusan MAC Training Centre Sdn. Bhd., Samirah Hambali - UTUSAN ONLINE