Gabungan media tua dan muda perhebat laporan berita PAU2016

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Gabungan petugas media veteran dan generasi baharu berjaya memberikan satu perspektif menarik dalam penyampaian laporan berita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016.

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,200 petugas media 48 agensi media tempatan dan antarabangsa berkampung selama enam hari untuk memberikan liputan terbaik perhimpunan parti terbesar Malaysia sejak 28 November lepas.

Menariknya, perhimpunan kali ini turut disertai oleh petugas media yang pernah bertugas semasa PAU diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur dan juga di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berita lanjut di www.utusan.com.my