Eksesais Paradise bukti kesiagaan aset ATM

BESUT 2 Nov. - Eksesais Paradise Siri 5/2018 yang berakhir hari ini membuktikan keupayaan aset ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mampu diatur gerak dengan berkesan dalam menghadapi segala ancaman kepada negara.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, Eksesais Paradise yang merupakan latihan utama pasukan itu, tahun ini buat pertama kali melibatkan aset-aset Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).