Berpapah untuk terima anugerah tokoh budaya

KOTA BHARU 19 Mac - Berpapah naik ke pentas dengan jarum hospital masih tercucuk di lengan namun itu bukan penghalang kepada tok dalang wayang kulit, Yusoff Mamat untuk hadir menerima hadiah utama, Anugerah Tokoh Budaya negeri pada majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Kelantan 2018 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini malam tadi.