Anwar, Utusan selepas 20 tahun

Setelah hampir 20 tahun hubungan akhbar ini dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), DATUK SERI ANWAR IBRAHIM umpama terperosok di bawah kolong, akhirnya beliau sudi menerima kunjungan kami. Walaupun ada antara kami yang masih tidak percaya pertemuan ini mampu dilangsungkan, hakikatnya keupayaan Anwar memaafkan dan melupakan kisah silam begitu bermakna bagi kami.