Anugerah Nasyid 2017 adil pada semua penggiat lagu-lagu nasyid, ketuhanan?

SHAH ALAM - Sabtu malam Ahad lalu, lebih 7,000 pendokong irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan memenuhi tempat duduk di dalam Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Di luar perkarangan Stadium Melawati, meriah dengan jualan dariapda usahawan-usahawan Muslimin yang boleh dilawati sementara menunggu untuk masuk ke dalam stadium. Bermulanya majlis AN17 berkonsepkan pertandingan di antara 10 finalis yang disaring dan dipilih daripada 30 penyertaan. Meletakkan empat pengacara, dua lelaki dan dua perempuan yang juga bertindak sebagai penyampai anugerah, AN17 bukanlah sebuah majlis penganugerahan seperti lazim yang ditonton secara langsung di kaca televisyen seperti Juara Lagu atau Anugerah Industri Muzik (AIM), sekadar menyebut beberapa contoh.

Sebaliknya, AN17 menjadi pentas pertandingan kepada 10 finalis untuk diadili dari aspek mutu persembahan, suara, lagu dan lirik  oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh sebuah nama besar dalam industri nasyid tanah air, Farihin Abd. Fatah.

Seleasi majlis AN17, Farihin memberikan penjelasan dari aspek penjurian dalam menobatkan Juara AN17, penerima Anugerah Lirik Terbaik dan perspektif keseluruhan AN17.

Turut dimuatkan dalam temubual bersama wartawan Utusan Online, HASNURUL MOHAMED yang dirakamkan oleh juruvideo bertugas, AZMAN Ahmad ialah juara, naib juara dan tempat ketiga AN17.

Selamat menonton. - UTUSAN ONLINE