Antara dunia hip hop, balada dan jazz

KUALA LUMPUR - Mengejar impian dan cita-cita masing-masing, artis yang dipandang sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU), Madrizal, Ray Asri dan Layla Sania tidak akan mengaku kalah selagi apa yang diinginkan, belum dicapai.

Madrizal misalnya, sudah pun melahirkan empat single manakala Ray Asri sudah bertapak dalam industri hiburan tanah air selama dua tahun. Cuma Layla Sania yang baru berusia 16 tahun, sedang dalam proses pembikinan single pertamanya.

Segmen #jomchat2019 berkesempatan berbual dan menyelami hati ketiga-tiga artis muda ini. Ikuti sedutan rakaman yang telah disunting tentang pengalaman pahit yang dilalui yang disulami dengan hasrat dan kegigihan Madrizal, juga pemilik Mad's Baber Shop di Seri Kembangan, Ray Asri dan Layla Sania untuk berjaya dalam genre masing-masing. - UTUSAN ONLINE