Zverev, 21, menghempaskan raket di atas gelanggang sejurus selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan ke-16, Miloas Raonic dari Kanada 1-6, 1-6, 6-7 (5/7).

“Ya, ia membuatkan saya rasa le­bih bagus. Saya sangat marah, jadi saya melepaskan kemarahan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar.

Ketika ditanya, apakah dia pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini, bintang muda Jerman itu menjawab: “Kamu tidak pernah menonton perlawanan saya sebelum ini? Lebih baik kamu tonton”.

Sementara itu, dalam saingan wa­nita, juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Naomi Osaka dari Jepun mara ke suku akhir selepas mengetepikan Anastasija Sevastova dari Latvia 4-6, 6-3, 6-4.

Turut mara pilihan keenam, Elina Svitolina dari Ukraine yang menum­paskan bintang AS, Madison Keys 6-2, 1-6, 6-1 manakala pilihan ketujuh dari Republik Czech, Karolina Pliskova mengecewakan Garbine Muguruza 6-3, 6-1. – AFP