Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yakin Piala FA kembali ke Kedah

Alor Setar , 19 Mei 2017 . Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah ( tengah)  memberi kata seman
Alor Setar , 19 Mei 2017 . Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah ( tengah) memberi kata semangat kepada penyokong pasukan Kedah semasa meraikan konvoi bas yang bertolak ke Shah Alam dari Wisma Darul Aman di sini hari ini . Foto UTUSAN/Ismail Kamadin

ALOR SETAR 19 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melaung keyakinan betapa Lang Merah mampu untuk terbang tinggi bagi menumbangkan Tok Gajah sekali gus membawa pulang Piala FA ke bumi jelapang padi.

 

Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada prestasi semasa pasukan termasuk ketika menyingkirkan Terengganu di separuh akhir sebelum ini.

"Saya tak mahu membuat ramalan kerana apa yang lebih penting, kita berjaya di final nanti. Berapa jaringannya tak penting tetapi saya yakin kita mampu menang.

"Saya harap seluruh rakyat negeri ini sama-sama mendoakan kejayaan pasukan serta memberi sokongan padu di stadium bagi meningkatkan semangat pemain," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah melepaskan 16  bas yang dinaiki lebih 700 penyokong sebelum bertolak ke Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan tersebut di pekarangan Wisma Darul Aman di sini malam ini.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan para penyokong supaya menjaga adab dan disiplin sepanjang berada di Shah Alam.

"Insya Allah penyokong Kedah sentiasa berdisiplin dan perkara itu telah dibuktikan ketika ketika final Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih sebelum ini," katanya.

Ditanya kemungkinan kerajaan negeri akan mengumumkan cuti sekiranya Lang Merah menjadi juara, Ahmad Bashah berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.

"Perkara itu usah diharapkan sangat. Apa yang penting, jika kita menang sekali lagi, insya Allah akan ada sambutan besar-besaran termasuk perarakan dari Lapangan  Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ke Stadium Darul Aman seperti sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain