Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wusyu tambah emas

Wusyu tambah emas 2
ATLET Wushu Negara, Ho Mun Hua (kanan) dan Loh Jack Chang bergambar bersama pingat emas masing-masing selepas menjuarai acara Wushu kategori Nanquan Pilihan dan Tajiquan pada Sukan SEA KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Atlet wusyu negara berjaya mengulangi kejayaan 16 tahun lalu apabila menepati sasaran memperoleh enam pingat emas, dengan emas keenam hadir menerusi Loh Jack Chang dalam acara taijiquan lelaki di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebentar tadi.

Graduan dari Universiti Putra Malaysia itu mendahului dengan 9.66 mata, manakala perak menjadi milik Singapura, Samuel Tan Wei Han (9.52) dan gangsa Myanmar, Htet Khant Min (9.36).

Terdahulu, emas kelima hadir dalam acara nanquan melalui Ho Mun Hua yang menduduki tempat pertama dengan 9.67 mata, diikuti Pham Quoc Khanh dari Vietnam bagi perak (9.66) dan gangsa, Brunei, Md. Sufi Shayiran Roslan (9.65). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain