Membariskan ahli panel terdiri daripada bekas jurugambar Kumpulan Utusan, Khalid Redza dan jurufoto, Aswad Yahya wacana selama satu jam setengah itu berjaya menghimpunkan 80 jurufoto tempatan.

Yang turut menyertai Program pertama tahun 2017 anjuran Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) itu ialag pelajar-pelajar jurusan fotografi institusi pengajian awam dan swasta dan jurufoto bebas bukan dari kalangan media.

Sesi dimulakan dengan tayangan slide dan penerangan oleh Aswad, sebelum Khaled mengakhiri sesi perkongsian dengan menjawab beberapa persoalan berkaitan fotografi sukan.

Untuk rekod Khaled yang sudah berkecimpung dalam bidang jurufoto sukan selama 36 tahun, sudah enam kali membuat liputan sukan Olimpik dan 15 kali untuk Sukan Sea termasuk di Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE